Jana Pendapatan Di sini

Friday, 19 July 2013

Masih ada harapan dipulih

AMMAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, mendapat sokongan Liga Arab dalam usahanya untuk menghidupkan semula rundingan damai Israel dan Palestin.
Ini memberi harapan bahawa rundingan yang terhenti itu mungkin dapat diteruskan.
Encik Kerry menyebut tentang adanya kemajuan besar dalam merapatkan jurang antara kedua-dua pihak itu tetapi beliau enggan membuat penjelasan.
Semalam, para pembantunya berkata Encik Kerry akan berada di Amman sehingga hari ini untuk menentukan jika ada usaha tambahan yang memerlukan kehadiran beliau.
Dalam lawatan keenamnya ke Timur Tengah, Encik Kerry kelmarin bertemu dengan wakil-wakil Liga Arab di Jordan. Sembilan daripada anggota liga tersebut menyokong rancangan damai Arab-Israel yang diusul oleh Arab Saudi.
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, delegasi Arab itu menyokong inisiatif Encik Kerry.
Ia menyifatkan idea beliau sebagai satu asas yang baik bagi memulakan semula rundingan damai itu.
Kenyataan tersebut dianggap penting kerana ia memberikan pemimpin Palestin, Encik Mahmoud Abbas, perlindungan politik yang beliau perlukan bagi meyakinkan rakyat Palestin untuk meneruskan rundingan itu.
Encik Abbas dijadual mengadakan satu mesyuarat dengan kepimpinan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) lewat semalam bagi membincangkan perkara itu.
Encik Kerry telah bertemu Encik Abbas di Amman, petang kelmarin (waktu tempatan); mereka juga berbincang dengan panjang semasa majlis makan malam rasmi pada Isnin lalu.
Pada sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat dengan Liga Arab dan Encik Abbas itu, Encik Kerry menyebut mengenai jurang yang "amat jauh" dan "amat besar" antara Israel dengan Palestin.
Jurang itu menjadi penghalang kedua-dua pihak itu daripada memulakan semula rundingan damai mereka apabila usaha damai Encik Kerry dimulakan beberapa bulan lalu.
"Melalui kerja keras dan penuh pertimbangan serta sabar, dan paling penting sekali melalui usaha senyap, kami telah pun berupaya merapatkan jurang itu dengan banyaknya," kata Encik Kerry, tetapi enggan mendedahkan butirnya.
Tidak jelas sama ada Encik Kerry akan turut menemui Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, atau pembantu beliau kerana Israel tidak ada dalam jadual lawatan beliau, meskipun para pegawai berkata ia mungkin diubah

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Rekaciptaku