Jana Pendapatan Di sini

Sunday 20 October 2013

United perlukan mata penuh

MANCHESTER: Pasukan Manchester United seperti tidak mempunyai pilihan kecuali memungut mata maksimum dalam persaingan pertandingan Liga Perdana England.
United yang akan menerima kunjungan Southampton di Old Trafford hari ini perlu memanfaatkan segala kelebihan beraksi di padang sendiri.
Sejauh ini, United yang kini dipimpin oleh David Moyes telah tewas dalam tiga daripada tujuh jadual perlawanannya.
Bagaimanapun dalam perlawanan terakhirnya menentang Sunderland, United menang 2-1, itu pun dengan sumbangan dua gol pemain mudanya, Adnan Januzaj.
Bekas pengurus pasukan United, Sir Alex Ferguson, telah menegaskan bahawa penyokong kelab itu perlu bersabar kerana Moyes memerlukan masa untuk mengukuhkan tugasnya sebagai pengurus baru pasukan di Old Trafford itu.
Walaupun United tercicir enam mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, Moyes tetap berpendapat bahawa pasukan itu masih mempunyai masa untuk merapatkan jurang kedudukan.
Bagaimanapun, Moyes terus berdepan dengan pelbagai masalah termasuk kontrak Januzaj yang akan tamat pada akhir musim ini.
Moyes juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan masa depan pemain-pemain lain seperti Nemanja Vidic, Patrice Evra, Michael Carrick, Rio Ferdinand dan Fabio yang kontrak masing-masing akan berakhir musim ini.
Kedudukan Wayne Rooney akan terus menjadi tanda tanya sekalipun kontrak pemain antarabangsa England itu akan tamat pada 2015.
Moyes juga harus memikirkan kedudukan dua pemain, Shinji Kagawa dan Wilfried Zaha, yang jarang dapat beraksi pada musim ini.
Selepas memulakan kempen musim ini dengan penuh cabaran kerana terpaksa berentap dengan pasukan-pasukan seperti Chelsea, Liverpool dan Manchester City dalam lima perlawanan pertamanya, Moyes kini boleh menarik nafas lega kerana tujuh jadual perlawanan akan datang akan diadakan di Old Trafford.
Antara perlawanan itu ialah menentang Real Sociedad, Stoke dan Norwich selepas menerima kunjungan pasukan Southampton yang tidak pernah mengalahkan United di Old Trafford sejak 1988.
Pemain veteran, Ryan Giggs, kini seronok memulakan tugas barunya sebagai salah seorang kakitangan dalam panel jurulatih United.
"Saya seronok dengan tugas saya sebagai jurulatih. Ia adalah tugas yang menarik.
"Saya juga selesa dapat bertugas dengan Moyes. Secara peribadi, saya gembira jika kami mencatatkan keputusan yang lebih baik dalam persaingan pertandingan liga."
SAMBUNG BACAAN...

Sunday 6 October 2013

Australian Pelicans


 Photo: Close-up of pelicans with pink beaks


Busuk.com

Rekaciptaku