Jana Pendapatan Di sini

Tuesday, 23 July 2013

Jakarta: 107 daripada 212 banduan berjaya ditangkap semula


MASIH DIBURU: Jurucakap polis Sumatera Utara, Encik Raden Heru Prakoso, menunjukkan gambar empat pengganas, (dari kiri) Fadli Sadama, Agus Sunyoto, Abdul Gani Siregar dan Nirbas, yang telah melarikan diri dalam rusuhan di sebuah penjara di Medan baru-baru ini. - Foto AFP
BANDUAN LOLOS DARI PENJARA INDONESIA


JAKARTA: Selepas lebih seminggu diburu polis, akhirnya 107 daripada 212 banduan yang meloloskan diri dari penjara Tanjung Gusta ditangkap semula, menurut laporan sebuah portal berita Indonesia semalam.
Sebahagian besar daripada banduan itu ditangkap di beberapa tempat di Sumatera.
Sejumlah 83 banduan ditangkap manakala 24 lagi menyerahkan diri mereka kepada polis, lapor portal berita akbar Tempo.
"Sehingga 10 malam, bilangan banduan Penjara Tanjung Gusta yang ditangkap semula atau menyerah diri mencapai 107 orang," kata Ketua Perhubungan Awam Polis Nasional Indonesia, Pesuruhjaya Ronny Ronny F. Somphie, kepada Tempo, lewat malam kelmarin.
Pihak polis masih mencari empat pengganas yang turut meloloskan diri dari penjara Tanjung Gusta itu semasa berlakunya rusuhan di penjara tersebut lebih seminggu lalu.
Mereka ialah Nirbas aka 'Arab', Agus Sunyoto, Abdul Gani Siregar dan Fadli Sadama.
Fadli Sadama terbabit dalam kejadian rompakan bank CIMB Niaga.
Dia dipercayai mahu menggunakan wang yang dirompaknya itu untuk membiayai kegiatan pengganasannya.
Pada 11 Julai lalu, satu rusuhan tercetus di penjara Tanjung Gusta selepas para banduan kecewa dengan kejadian gangguan bekalan kuasa yang menyebabkan mereka kegelapan tanpa kuasa elektrik dan bekalan air.
Para banduan itu merempuh dan memecahkan pintu pejabat warden penjara dan membakar kompleks penjara tersebut.
Lima orang - tiga banduan dan dua warden - terbunuh dalam rusuhan itu.
Penjara Tanjung Gusta itu dibina untuk menempatkan 1,095 banduan tetapi kenyataannya seramai 2,594 banduan yang ditahan di sana.
Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Indonesia, Encik Amir Shamsuddin, berkata Indonesia memerlukan 65 penjara baru kerana jumlah banduan di negara itu kini melebihi kapasiti penjara yang ada sekarang.
Namun, belanjawan kementerian itu hanya cukup untuk membina beberapa penjara baru dan mengubah elok beberapa bangunannya.
"Pemerintah telah memperuntukkan bajet bagi 20 penjara; untuk membina yang baru dan terus membina yang sedia ada," kata Encik Amir pada Sabtu lalu.
Encik Amir berkata ketika ini ada 457 penjara di negara itu, satu angka yang jauh daripada mencukupi untuk menampung sekitar 162,000 banduan di sana.

"Pemerintah telah memperuntukkan bajet bagi 20 penjara; untuk membina yang baru dan terus membina yang sedia ada."
- Encik Amir Shamsuddin, Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Indonesia. Beliau menambah negara itu memerlukan 65 penjara baru kerana jumlah banduan di negara itu kini melebihi kapasiti penjara yang ada sekarang

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Rekaciptaku