Jana Pendapatan Di sini

Thursday, 8 August 2013

Polis NY tembak mati remaja yang enggan serah senjata

NEW YORK: Polis New York menembak mati seorang budak lelaki berusia 14 tahun awal semalam selepas dia dilaporkan mengejar dan melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki lain.
Jabatan Polis New York dalam satu kenyataan berkata dua pegawainya telah bergegas ke tempatan kejadian di Bronx, sebaik mendengar bunyi tembakan sekitar 3 pagi.
Pegawai polis yang menjalankan siasatan melihat remaja tersebut yang dikenali sebagai Shaaliver Douse, sedang melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki.
Polis berkata Douse melepaskan empat tembakan.
"Dua pegawai yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis mengarahkannya mencampakkan senjata. Namun, remaja tersebut tidak mengendahkan arahan itu dengan pistol berkenaan masih di tangannya.
"Selepas itu, salah seorang pegawai melepaskan satu tembakan dan peluru mengenai rahang kiri remaja itu sebelum dia mati di tempat kejadian," kata kenyataan polis.
Kededua pegawai polis yang berusia 26 dan 27 tahun itu dikatakan baru memulakan perkhidmatan pada Januari lalu.
Pada Mei lalu, Douse telah menghadapi pertuduhan membunuh selepas seorang budak lelaki berusia 15 tahun ditembak di sebuah kejiranan Bronx.
Douse turut menghadapi tuduhan melakukan serangan dan memiliki senjata secara tidak sah.
Pendakwaan ke atas Douse bagaimanapun masih tertangguh kerana kurang bukti memandangkan mangsa gagal mengenal pasti siapa yang menembaknya.
Pesuruhjaya Jabatan Polis New York, Encik Raymond W. Kelly, akur Douse merupakan suspek paling muda yang pernah ditembak oleh pegawai polisnya.
Beliau melahirkan takziah kepada keluarga remaja itu tetapi menegaskan pegawai polis telah bertindak dengan betul.

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Rekaciptaku