Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.
Minggu
lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan
yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik.
Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada
sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua
pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan
tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"
"Sebenarnya",
dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk
merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka
merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu
terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka
kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur
dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".
Dah nak jadik
cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun
mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu
bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa
sekarang".
Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"
"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."
"Jururunding
tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke
tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh
menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak
perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat
memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas
awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam
seluar?"
"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."
No comments:
Post a Comment