Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulangi janji kerajaan untuk
menurunkan harga kereta secara berperingkat.
"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat
hingga 2017. Insya-Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati,"
katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.
Dalam Aku Janji pilihan raya umum ke-13 lepas, Barisan Nasional berjanji
menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta
secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya
saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir
negara. - Bernama
No comments:
Post a Comment